~mY FolloWeRs~

Saturday, May 8, 2010

Obama pro-Palestin??

Semakin ramai rakyat Israel yang melihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sebagai pro-Palestin ketika Washington mula meningkatkan tekanan ke atas Tel Aviv supaya menghentikan kegiatan pembesaran penempatan Yahudi.

Menurut tinjauan yang disiarkan dalam akhbar Jerusalem Post hari ini, hanya enam peratus rakyat Israel yang melihat Presiden baru AS itu sebagai pro-Israel, manakala 50 peratus percaya beliau pro-Palestin dan 36 peratus pula menganggap beliau berkecuali.

Tinjauan tersebut memperlihatkan perubahan yang sangat besar berbanding pentadbiran Presiden George W. Bush sebelum ini yang dilihat oleh 88 peratus rakyat Israel sebagai 'pro-Israel'.

Tinjauan serupa yang dijalankan pada bulan lepas sebelum pertemuan sulung Obama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendapati 31 peratus rakyat Israel menganggap Obama sebagai pro-Israel dan hanya 14 peratus melihat beliau sebagai pro-Palestin.


Dalam tempoh sebulan antara dua tinjauan itu, Obama menyampaikan satu ucapan utama di Kaherah dan dalam ucapan itu menggesa kerajaan Netanyahu menghentikan pembesaran kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan menerima prinsip dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

No comments: